Contoh Teks Forum (sila Bimbing saya)

Subjek Sejarah Berkesan Membina Semangat Patriotik Dan Jati Diri Pelajar .

Pengerusi :
Datuk Bahaman , Datuk Janggut , Paduka Mat Salleh . Mereka telah memahatkan nama mereka di dalam Sejarah Malaysia . Namun , Dewasa kini , kita dapat lihat para remaja di Malaysia buta tentang SEJARAH . Mereka bukan sahaja lupa pada nama penjuang kemerdekaan , malahan mereka lupa tarikh keramat kemerdekaan Malaysia .

Salam aprisiasi saya hulurkan kepada saudara peneraju majlis , kombinasi intelektual kehakiman bervisi , seterusnya Inteligensia yang di hormati sekalian . Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia .

Subjek Sejarah berkesan membina semangat patriotik dan jati diri pelajar , Begitulah bunyinya mauduk forum yang disajikan buat santapan  minda warga merdeka . Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu . Subjek bermaksud pokok perbincangan, perkara, tajuk  |  Sejarah pula bermaksud asal usul (keturunan), salasilah  | membina pula membawa maksud memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu | manakala ,semangat patriotic didefinisikan sebagai semangat mencintai dan bersifat membela tanah air  | jati diri pula membawa maksud sifat atau cirri yang unik dan istimewa (dr segi adat , bahasa, budaya dan agama) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seorang individu dan akhir sekali pelajar yang membawa maksud sesiapa yang sedang belajar atau dalam keadaan belajar . Saya Mohd shyafiq bin baharun selaku pengerusi akan bersama-sama dengan ahli panel kita pada pagi ini untuk mengupas mauduk bicara kita pada pagi ini . Tetapi , sebelum kita mengupas dan membahaskan mauduk kita pada pagi ini , eloklah kita bersuai kenal dahulu dengan ahli-ahli panel kita pada pagi ini . Bak kata orang , tak kenal maka tak cinta .

Di sebelah kiri saya _________________________ selaku guru sejarah
Di sebelah kanan saya ________________________ selaku pengerusi PIBG
Dan , di sebelah hujung kanan sana ,______________________ selaku mahasiswa bahagian sejarah .

Nah , sudah kita berkenalan dengan ahli-ahli panel kita pada pagi ini dan saya sudah mula lihat ukiran senyuman dalam kalangan penonton kita . Tidak mengapa , cinta itu bermula dari mata turun ke hati .

Baiklah sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh lagi , elok kirannya kita mulakan forum kita pada pagi ini dengan bertanya kepada Panel kita yang pertama berkenaan dengan dari aspek manakah yang menunjukkan bahawa mata pelajaran sejarah ini dapat membina semangat patriotik dalam kalangan pelajar ? jelaskan saudari/a


Panel 1 :  Terima kasih saudara pengerusi kerana sudi menjemput saya menyertai forum remaja pada kali ini . Baiklah , Pendidikan Sejarah merupakan mendidikan yang teras dan sudah mula di pelajari oleh pelajar sekolah menengah bermula dari TINGKATAN 1 hingga ke TINGKATAN 5 . Seperti saudara pengerusi mengatakan sebentar tadi , tarikh keramat kemerdekaan dan nama-nama pejuang kemerdekaan Malaysia sudah mula di lupakan oleh anak muda masa kini . Oleh itu , dalam mata pelajaran sejarah kita bukan sahaja mendedahkan Identiti para pejuang kemerdekaan malah menerangkan satu persatu jasa dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan Tanah Air . Selain itu , mereka juga akan didedahkan spenuhnya dengan kejayaan Tun Tan Cheng Lok , Tun VT . Sabhantan dan Tunku Abdul Razak untuk memerdekakan Tanah Melayu tanpa menumpah setitik darah dan banyak lagi inti pati Peristiwa yang boleh mencungkil semangat patritotik dalam kalangan pelajar . Oleh sebab itulah saya berani mengatakan bahawa , Mata Pelajaran Sejarah memang medium yang sesuai untuk pada remaja di sana khususnya para pelajar untuk memperkukuhkan lagi semangat patriotik mereka . Bak kata orang , Sejarah mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Kembali kepada pengerusi .

Pengerusi : Terima kasih panel pertama kita . Ya , saya sangat bersetuju dengan panel pertama kita kerana melalui Sejarah kita tahu apa yang berlaku pada masa dahulu dan kita dapat merasai susah perih dan usaha orang zaman prakemerdekaan dahulu mempertahankan apa yang sepatutnya jadi milik mereka . Baiklah , saya ingin beralih kepada panel kedua dan ingin bertanya tentang , keberhasilan Subjek Sejarah ini mendidik para pelajar untuk cinta kepada Negara .

Panel kedua : Terima kasih Saudara pengerusi , pada pendapat saya para murid kini lebih peka tentang sejarah-sejarah di dalam Malaysia . Itu pun berkat kebijaksanaan kementeriaan Pelajaran Malaysia yang memperkenalkan sistem PBS di mana mereka tidak membaca buku sejarah itu semata-mata untuk menduduki peperiksaan , tetapi mereka dikehendaki memahaminya dan akan membentangkannya berdasarkan kefahaman masing-masing . Oleh itu , kita dapat lihat melalui sistem ini mereka dapat mempelajari lebih banyak berbanding dengan sistem pembelajaran yang dahulu . Saya rasa , sistem pembelajaran sebegini sangat baik kerana mereka faham apa yang mereka bentangkan dan mereka juga tahu menghargai Sejarah . Itu sahaja buat masa kini , kembali kepada pengerusi .

Pengerusi : Terima kasih , panel kedua kita . Saya yakin jika Pihak guru bakal bersinergi untuk melatih dan menyemai sifat patriotik dalam jiwa setiap pelajar , . Baiklah , saya ingin tujukan hujah kepada panel ke-3 yang kelihatannya sudah tidak sabar melontarkan idea-idea bernas beliau . Baiklah , saudara/saudari melalui pemerhatian saudara , bagaimanakah runcingnya masalah pudarnya semangat patriotik dalam kalangan pelajar marcapada ini ? 
[ 2 comments ]