Sang Mentari pergi . . .


Bicara di senja yang senyap dan redup , di ikuti angin sepoi - sepoi bahasa .

Sambil kita menghirup udara yang segar dan melihat keindahan pemandangan matahari 
senja .

Saya bermonolog "Mengapa kita selalu sangat terlepas peluang yang indah"? Saya Jawab 

kembali , "Mungkin mereka punya peluang yang lebih indah" . . Tapi , Apakah lagi peluang

yang lebih indah selain daripada apa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita ? ?


Manusia kini , Alpa dengan apa yang berada di hadapan mata . Sesekali giur dengan apa yang

bermain di sekekelilingnya . Bukankah lebih mudah menerjah peluang di hadapan daripada

mengejar apa yang berada di sekeliling ? Seperti matahari senja , mengapa kita perlu tunggu 

Bintang untuk muncul baru merasa keindahan dunia ? Siapa tahu , bintang kadang muncul 

kadang tidak . Sedangkan Matahari senja selalu muncul di kala terbenam matahari . . .


Saya ada sebuah cerita , ayuh kita selami :)

Amir : Syuk , lepas sekolah awak nak masuk universiti mana ? ?

Syukri : Hmm , aq nak masuk UMS (Universiti Malaysia Sabah)

Amir : Ohh , apa kelas masuk sana . . Aq nak masuk Universiti luar negara .

Syukri : Eh , kenapa takda kelas ? UMS universiti terbesar di asia tenggara apa ?

Amir : Tapi ko tahu kah ? Tahap keberkesanan pengeluaran selepas tue ? ?

Syukri : Mcam ja awak tahu apa kau akan jadi masa depan awak nanti ?

Amir : Of couse , tengok aq pandai cakap english :P

Syukri : Amir , contohla awak tinggal di sabah dan dapat di tawarkan , tetapi ,
               Awak nak juga ke Luar negara untuk melanjutkan pelajaran . Mana 
               Awak akan pilih ? UMS atau Universiti Luar Negara yang entah boleh 
               Masuk ka tidak ? ?

Amir : Hmm , saya tetap pilih luar negara punya Universiti . .


DUA TAHUN KEMUDIAN

Syukri : Helo , Amir awak kat mana ne ? Jom kita keluar . .

Amir : Eh , elok la tue since lama kita tak jumpa . 
            
Syukri : Orait , Jom  . .



Amir : assalamualaikum Syukri , Wah segak gila ko .

Syukri : pegawai eksekutif mesti la segak . . Eh awak kerja apa ?

Amir : Sebenarnya aq tak sambung pelajaran aq tempoh hari .

Syukri : Kenapa ? Awak tipu aq eh selama ne ?

Amir : maaf , sebab saya telah tolak tawaran UMS dan kejar Universiti Luar negara
            tetapi malangnya saya tak dapat dan tawaran pergi ke UMS saya telah di 
            ambil oleh orang lain . Lepas tu , aq cuba untuk memohon kembali . Malangnya
            aq gagal :( .

Syukri : Tak apa , awak cuba lagi satu kali pasti awak dapat


T A M A T




 Peluang itu ibarat sebuah barangan pasaran yang laku . Kita acap kali melihatnya , akan tetapi kita tidak pernah tedetak untuk membelinya , sebaik sahaja barangan tersebut habis di jual baru kita tersedar bahawa kita perlukan barang itu .

Saya sertakan sebuah sajak yang amat puitis untuk anda semua :)



Aku tergamam
tak mampu berkata-kata
hanya memandang pada kaki
dan merasa pada tangan
ada kekurangan yang diambil.
Kugagahi berjalan dalam pincang
kekuatan kakiku sebelah hilang
aku berperang
antara dunia realiti dan dunia mati.
Aku terpaku sejenak
apakah ini hakikat sebenar?
kurasakan kakiku dingin dan berat
kurasakan tanganku sama
yang masih berdenyut hanya jantungku.
Barangkali inilah amaran
yang masih memberi peluang
aku berfikir tentang hidup
bukan sekadar kehilangan seketika
kekuatan tenagaku
kekuatan fizikalku
kekuatan jiwaku
yang direntap tanpa kusedari
namun kugagahi untuk merebut kehidupan ini
kerana peluang itu hanya datang sekali

Credit untuk : http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=40831



SEKIAN TERIMA KASIH :)
















[ 0 comments ]