Karangan SPM - langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.
Pada masa kini , simptom-simptom stres ataupun tekanan sering kali kita lihat terjadi kepada para pekerja-pekerja yang berumur 20-an . Perkara ini terjadi disebabkan oleh  bebanan kerja yang terlalu banyak sehingga memenuhi ruang kapasiti tenaga dan mental mereka dengan padat sekali . Masalah tekanan sebenarnya tidak boleh kita ambil ringan , kerana masalah ini boleh menjurus ke arah perlakuan di luar batas seperti membunuh , menagih dadah , bunuh diri dan sebagainya . Oleh itu , kita perlu tahu cara-cara untuk mengawal masalah tekanan samaada di tempat kerja , rumah dan sebagainya agar masalah ini tidak sebati dalam diri kita dan membawa padah kepada diri dan orang sekeliling . Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna .

Antara usaha-usaha yang boleh kita pratikkan dalam kehidupan kita seharian agar kita tidak dibelenggu dengan masalah stres atau tekanan ialah membuat sesuatu kerja sehingga habis atau lunas . Marhaen pada masa kini terutamanya anak muda aset negara , suka menggunakan istilah "tangguh" apabila tiba berurusan dengan tugasan yang diberikan . Apabila waktu untuk menghantar sesuatu tugasan itu semakin hampir , mulalah para pelajar gelabah dan mulut terkumat-kamit membisikkan makian . Pada saat itulah kita dapat rasakan tekanan yang memuncak hingga dapat terasa di ubun-ubun kepala kerana ingin menyiapkan pelbagai tugasan terkumpul . Ingat ! Kita ialah manusia yang mempunyai tahap fizikal dan mental yang terhad dan bukannya robot manusia yang begitu agresif dan lincah dalam menyelesaikan masalah . Oleh itu , tabiat menangguh tugasan yang seakan sinonim dan mungkin sudah menjadi sebati dalam darah daging para marhaen perlu dibuang agar kita tidak merasa tekanan yang hebat dan boleh menjadi anak muda yang progresif dan matang . Sinonim dengan peribahasa melayu , menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan .

To be continue . . .
[ 0 comments ]