PENDAHULUAN KARANGAN - LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH GEJALA SOSIAL
Gejala sosial merupakan satu virus licik yang semakin menular ke negara ini. Rentetan senario itu , medium-medium berinformasi seperti surat khabar , televisyen sering memaparkan kes-kes yang berkaitan dengan gejala sosial yang tidak relevan dengan kehendak zaman yang semakin maju ini . Perkara ini amatlah membimbangkan anak muda merupakan bakal tulang belakang kepada kemajuan negara suatu hari nanti . Setiap kancah gejala sosial yang terjadi di Malaysia mempunyai puncanya kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang . Oleh itu , kita perlulah mempunyai prakarsa yang kreatif dan intensif untuk menyelesaikan masalah ini sehingga habis tuntas .
[ 0 comments ]