Kisah Budak Merdeka
Assalamualaikum , Alhamdulillah setelah 3 minggu bertarung dalam SPM akhirnya dah pun tamat . Memang mental kena kuat la beb sepanjang 3 minggu ni , tidur tak cukup tapi mata mesti fresh masa jawap paper . Tapi , alhamdulillah I went through it dengan lancar . Walaupun ada certain tu yang macam *krik-krik* ckit .

Aq nak cerita ni pasal soalan bocor . Sekolah korang dapat soalan bocor tak ? ? Kalau dapat lebih baik tidak perlu baca simpan sahaja . Don't even think of  "Eh , nak sebagai rujukan la" Kepala hotak ang , nak sebagai rujukan . Mana la ada orang rujuk buku refference kalau skema jawapan dah depan mata ? ?

So , nak diikutkan cerita semasa paper Physics aq sempat tanya classmate aq yg cina tentang spot topic for paper 3 . Terus dya bagi taw chaper 3 pressure , cuma perlu focuskan water pressure jer . So , aq pun apa lagi mula la hafal 3 ke 2 experiment tu ( Masa paper 2) . Jadi , masa rehat yang panjang benar tu aq pun take 5 la rehat . Terus datang member cina aq ckp , baca yg water pressure berkaitan depth . So , aq pun lebih fokus on it la . Last2x , bukak jer paper 3 physics bab experiment . Exactly what they told me . Bocor ke tidak ? I don't know :)

Lepas tu , masa paper chemistry paper 1 aq tak cukup masa serius . Dah la soalan dya agak susah , AMAT susah (bagi aku) . Pastu , paper 2 chemistry everything went well and baik lah . Masa lepas jer paper 2 , kami 3 orang jalan kuar makan kat hospital jap dan pulang to do some revision . Tiba-tiba ada orang cakap , ko taw tak org cina kat luar tu dorang tengah buat soalan bocor untuk chemistry . Terus aq mcam , What ? What ? What ?

Org tu : Aq lalu sekilas , terus aq nampak ada set paper mcm voltmeter dan experiment tu mcm ada 4 orang tengah berbincang pasal garam .

Aq pun syok jer mendengar , tengah panas ngan kawan aq yg cina ni sebab mana acii dorang buat kitorang mcm ni . So , yg org tu pun mula discuss apa yg dia nampak DALAM SEKILAS tu ! Dya discuss punya main detail . Aq pun , angguk jer tak kesah sangat perkara begini ni . Sebab experiment tentang salt aq dah boleh capture ckit . SEMASA DALAM DEWAN , aq punyala nak terkejut apabila apa yang budak tu cakap exactly the same ! ! aq punya gundah gulana nak buat apa ni , dahla nak minta 2 insoluble and 2 soluble . Tapi , rilek cool ingat balik apa pakcik india dlm Youtube tu ckp . Habis jer ingat terus buat .

Masa balik , sempat tanya kawan cina .

Aq: Kenapa kamu tak bagi tahu yg kamu dapat full set paper bocor untuk paper 3 ? siap tahu ada voltmeter lagi ? Kenapa ?

Cina : Saya tidak tahu apa-apa tentang itu voltmeter OO , yg saya tahu cikgu saya suruh baca semua experiment dalam salt sehari sebelum exam . tetapi tadi petang , dya suruh kami baca salt sulphate saja .
yang lain tiada dapat apa2x pun .

Aq : *tercengang* , dalam hati *Siapa sebenarnya dapat soalan bocor ni ? yang orang tu ke cina ne ? ?*


Seriousla , aq tak puas hati la kalau ada member ada meniru atau dapat soalan bocor ni . Walaupun korang tak hebat dalam subject tu , atleast usaha la supaya korang tahu betapa jauh usaha korang . Ini dapat soalan bocor pastu sebar ! What the point you got there , gentleman ? Aq cemburu ? Bukan cemburu , tak puas hati . Susah la nak compete secara sehat kalau ada peniru sana sini . Note my word ! ! !

Nah , lihat hukum hakam meniru dan bersoalan bocor dalam peperiksaan ! 

- Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa berar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".
-Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.
-Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.
-Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.
-saudara-saudara dan anak-anak kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam apa jua subjek.
- Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.
- Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.


[ 0 comments ]