Fiksyen 302





Assalamualaikum , saya baru habiskan sebuah novel yang berunsur thrill , horror dan penuh dengan twisted plot dan daya psychology yang amat tinggi .

Saya dah habiskan 4 hari la kiranya membaca novel ni , sebab gegar beb baca novel ni . Kalau macam baca novel , kita mesti kiranya masuk dalam cerita tu just to know better the story . So aq memang 100% jumped into the story dan ketar di tangan tak henti masa selak page berikutnya . Kalau malam , jam 12 memang aq dah stop baca dan mula buka laptop update facebook , twitter and so on . Hilangkan nervous tatkala membaca Novel yang super seram ni .

Sinopsisnya . . .




Penceritaan : Dari segi penceritaan novel ini , saya bagi 4/5 bintang . Sebab ? 4 bintang saya berikan sebab penceritaannya tentang siapakah zonan dan watak zonan terpelihara sehingga kehabisan novel . Saya suka , membuatkan saya teruskan bacaan . Yang satu tu hilang , sebab seakan-akan kesemua hero dalam novel ni sudah mati dan ada science fiction di dalamnya yang agak tidak logik . iaitu sistem rentasan masa .

Suspen : Suspen saya bagi 4.5/5 . Selalu mendatangkan fokus yang berlainan dan cerita selalu lari daripada leretan cerita yang sama . Tergantung-gantung ceritanya dan Alhamdulillah diterangkan selang 2 bab kemudian. (Saya tertarik cara begini) . Suspennya terjaga .

Klimaks : 5/5 Sudah tentu orang jangkakan , klimaksnya apabila Farid bunuh sabri dan datuk . Klimaksnya boleh dijangkakan . Tetapi , cara klimaks itu di terangkan amatla munasabah dan bernas kerana disitulah kita nampak cara zonan memanipulasi mangsanya untuk membunuh musuh-musuhnya setelah lan lani dan yang lain lalui. *Saya Suka*

Pengakhiran : Penulis memilih untuk pengahiran yang amat dramatik dan menyedihkan . Saya turut terkesan dengan pengakhirannya . Sebak BETA membaca pengakhirannya . Di situlah kita ketahui , mengapa zonan mengganas dan bagaimana Zarina di bunuh sebenarnya . walhal di chapter sebelumnya , penulis cuma memberitahu keadaan mayat zarina ketika dijumpai . 4.5/5 .

*Penulis lelaki yang amat hebat*





[ 0 comments ]