KEMENANGAN TERINDAH
Assalamualaikum , hari ni agak lapang dan maw buat sikit update about my sweet memories in school . Kenapa hari ni ? Sebab esok isnin aq sebok ngan Blackshot aq dan selasa sebok ngan PLKN aq , rabu sebok gak nak gi check up . So today is the day laa .

So , diikutkan cerita saya mohd shyafiq ni amatlah suka mengecimpungkan diri ke dalam pertandingan yang berunsurkan bahasa . its more to academic la . Kalau sukan , tak dapek den nak ikut . Badminton kot boleh . Huhu . Kalau diikutkan , pertandingan pertama yang pernah saya sertai ialah pertandingan Pidato (Kita cerita sekolah menengah je la eik) . Masa tu , aq masih ingat lagi yang aq disenaraikan bukan aq MENGIKHLASKAN diri untuk masuk tu pertandingan . Kawan2x yang nampak potensi aku untuk jadi seoarang pemidato pada masa tu jadi just follow la . lagi pun masa tu form 1 ko gila nak tolak apa yg cikgu perintahkan ? ?  So , diikutkan cerita . kakak aq buat teks yang DAEBAK dan aq cuma hafal dan gayakan suara . Dya actually berikan seminggu begitulah untuk hafal .

A WEEK AFTER THAT . . . .
Setelah aq menghabiskan seminggu aq menghafal dan berminta puji depan cermin , inilah masanya aq tunjukkan what I have . Masa to competitor memang amat ramai dan saingan sengit aku ialah Dayang Fazirah ( form 3) . Jadi ikutkan cerita , aq orang kedua last dan apabila naik pentas . . perghhh ketaq lutut baq anggg . Tapi Alhamdulillah lancar jer penyampaian .

Esok tu , masa aq tengah jamah Mee konlou pagi2x . Datangla c Dayang Fazirah dengan muka masam cakap yang aq nombor satu dengan markah 72% . Actually , markah kitoran sama taw . tapi because of my  ISI pidato tu lebih solid (Thanks my sister) aq menang la first place . huhu .



Jadi sepanjang aq 5 tahun dalam sekolah aq memang banyak menang piala la jgak . 20+ or 30+ macam tu la . Tapi ada suatu kemenangan yang aq tak pernah lupa LUPA dan LUPAAAA . iaitu , Pertandingan Pidato Piala Di raja . (Kenangan yang amat manis)



PADA HARI TERSEBUT
Tetapi sama , diberi seminggu untuk buat persiapan dan aku kena buat teks sendiri , latihan sendiri dan dengan bantuan cikgu norsiah sikit dan Azrul I made it dan telah curahkan 4 days to buat teks jadi left 4 or 3 days like that to practise and memorize la teks aku tu . Diikutkan cerita , saya ni jenis yang paling liat apabila menghafal . dalam satu hari mungkin satu line baru bole hafal dengan lancar -.- . Jadi diikutkan cerita , aq betul2x pulun habis masa 3 hari tu untuk baca dan hafal .

Hari yang ditunggu2x telah pun tiba dan banyak betul la perkara buruk menimpa sama aq pada hari tu . Aq tertidur dan sekerat daripada teks aq belum hafal dan aq mcam I'm screwed ! ! *tampar muka* *Tumbuk dinding* *lempar handphone ke tilam* . semua aq buat . hahaha . Tapi lek cool , dan smpai skola tengah2x aku nak menghafal sekalinya lupa bawa script . . Korang tak rasa ini sign aq kalah ? ? LOL . Jadi aq telepon kakak aq dan dya pun datang pigi hantar itu script ronyok mcm ikan masin sudah .
Eh , terlupa yang aq tak cabut nombor dan tanpa ku sedari aq dapat nombor 3 -.- .


Aq pun jenis yang cepat nervous dan susah kawal walaupun bnyak kali ikut benda alah ni . Sekali nama aq dipanggil . *PAAAANNNGGG* semua dalam kepala hotal aq dah hilang . ko expect aq nak cakap apa ? Pembuka kata aq pun sudah fail . Tarik nafas dalam2x terus buatlah pembuka spontan . Habis cakap pembuka , nervous dah mula beransur pulih dan apa yg dihafal alhamdulillah kembali dalam ingatan . Ada la juga terberhenti certain part dan aq lilau mata aq ada yang cikgu dok ketawa dan buat muka *Memalukan sekolah jer* maklum acara ni diadakan di sekolah ku  . Jadi aq pun putuskan untuk tengok teks dan habiskan part yang aq tertidur tu dan akhirnya duduk kembali di kalangan penonton .

Selepas itu , ada pidato spontan dan aku langsung tak tahu tema . Penganjur ckp tema di rombak dan hanya ada 2 tema sahaja iaitu nilai murni dan alam sekitar . Aq bajet aq dapat alam sekitar sebab aq nak buat intro mcm ni

Pernahkah saudara serta saudari mendengar ungkapan ini , seorang anak mampu menjaga 10 orang anak , manakala 10 orang anak belum mampu menjaga seorang ibu . Saya tafsirkan Bumi sebagai ibu kepada sekalian makhluk dan anak-anaknya ialah makhluk di dunia ini .  Oleh itu , aktifkan neuron saudara , mampukah billion manusia di dunia ini mempertahankan seorang ibunya jika dirobek rambutnya , di tikan perutnya , di racun mukanya ?

Bajet intro atas tu la , tapi dpt nilai murni . Yang bagusnya , aq dapat berbual dengan cikgu suhaida .

Aq : Cikgu mcm mna kalau aq dapat tajuk nilai murni mcm mna aq nak hurai ?
Cikgu : ohh , ko nyatakanlah apa nilainya pastu hurai dan bagi satu fakta atau peristiwa menarik .

Sekali cabut , beb dapat nilai murni penyeri kehidupan . Terbaik apa cikgu suhaidah ckp tu .
Dalam 1 minit untuk fikir isi tu , aq cuma tulis 3 nilai jer iaitu , kasih sayang , jujur dan keberanian .
yang lain tak tulis apa-apa ! ! ! !  so , diikutkan cerita aq naik je atas pentas tu aq memang hurai habis baik punya arrr dan sekali turun semua orang tepuk tangan *Malu saya* cikgu2x yg bajet jeling aq msa presentation yg pertama seakan2x tunduk malu . hohoho .

Lepas selesai ja presentation aq , aq lari lak ke bawah untk buat pengucapan awam untuk sekolah punya event . aq dapat nombor satu kat sini *Cheer sikit* HAHAHA xD .


HAMPIR JAM 1 BEGITU , KEPUTUSAN REVEALED DAN KAWAN AQ C AZRUL SIAP BUAT GWIYOMI AKSI YANG KE DUA YANG KONON MENANDAKAN YANG AQ NOMBOR DUA . CHOIII , KO INGAT AQ TAK TAW YANG AQ KALAH (Dalam hati) . SEBELUM PENYAMPAIAN HADIAH ADALAH ULASAN SEDIKIT SEBANYAK DARI KETUA JURI , SEBENARNYA AQ BAHAN GILA2X PUNYALAH SAMA KETUA JURI NI DALAM IPAD AQ (ampun tuan) . CARA DYA ULAS TU TIDAK BORING DAN I REALLY LOOKING FORWARD FOR HIM TO NILAI KAMI SATU2X SCARA RINGKAS . TAPI TAK DAPAT . TAPI ONE THING , DYA CAKAP "KORANG MESTI TAHU PIDATO SPONTAN ITU AMATLAH PENTING KERANA MARKAHNYA ADALAH 100% . SEPERTI SALAH SEORANG PEMIDATO KITA TADI , WALAUPUN PIDATO YANG PERTAMANYA KURANG BAIK TAPI DYA MENONJOL PADA PIDATO SPONTANYA DAN TELAH DAPAT MARKAH YANG AMAT TINGGI DI SITU ."

Dalam hati terus terasa , *Ehhh itu aku* terus cikgu2x yang siap jegil aq masa first presentation toleh tengok aq . LOLZ . JADI TIBALAH MASANYA MENGUMUMKAN PEMENANG2XNYA . AQ PUNYA GEMENTAR DAN MALAS NAK TAHU SEBAB TAHU DIRI NI DAH KALAH TERUS MCM *KORANG SAPU JE LA WEII CEPAT* HAHAHA . MARAH TU TIME TU . JADI TERUSLA C AZRUL NI UMUMKAN TEMPAT KETIGA , SEOARANG LELAKI . YANG MEMANG SANGAT OK CARA PIDATONYA , TETAPI SKRIPNYA SEAKAN2X TIRU 100% PEMIDATO ANTARABANGSA 2006 DAN 2011 KALAU TAK SILAP . CIKGU DYA TU HAMPEH TAK SUKA ! JEGIL SANA SINI ! ! PASTU TEMPAT KEDUA , C AZRUL TERIAK KOT ,
SMJ......K TIONG HUAAAAAAA . . RIAKSI AQ MASA TU MACAM GAMBAR BAWAH NII
DAN SIAP TERIAK , AKU KA ? ? AKU ? LEBIH 40 SAAT GAK LA DUDUK DAN FAHAMI KEADAAN DAN NAK NANGIS DAH MASA TU SEBAB MARAH GILA KOT . 4 HARI PENAT BUAT TEKS , 3 HARI KURANG TIDUR HAFAL . DAN AKHIRNYA TERCAPAI JUGA MAHU MENANG DAN KATEGORI PIDATO NI . WAKIL PANTUN , FORUM , SAJAK . . INI JER YANG AQ MENANG . IAITU PERTANDINGAN YANG AQ PERNAH IKUT MASA AWAL2X DAHULU .

ALHAMDULILLAH SAYA MENANG TEMPAT KEDUA .

tu diaa ! Gua menang ! GUA HAVOC DOOOOOOO ! :P


 
[ 0 comments ]